YANG DIPERTUAN AGONG

YANG DIPERTUAN AGONG

Ahad, 31 Januari 2010

Pelancaran PERKASA Daerah Dungun

semua dijemput hadir ke majlis pelancaran PERKASA Dungun pada 19hb Februari 2010 pada jam 8:00 malam

Pelancaran PERKASA Daerah Besut

Semua dijemput hadir ke majlis pelancaran PERKASA Daerah Besut pada 19hb Februari 2010 jam 3:30 petang

Rabu, 6 Januari 2010

PERKASA

Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi e.g soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dll.

Cadangan nama asal “Pertubuhan Pribumi Perihatin (PERIHATIN)” telah diubah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) setelah ada yang hadir mengatakan nama PERIHATIN telah pun digunakan oleh pertubuhan terdahulu.

Di akhir majlis, Dato’ Ibrahim Ali telah dilantik sebagai Presiden dan Dato’ Fuad Hassan sebagai Timbalan Presiden pro-tem committee sehingga lah mesyuarat agung pertama diadakan dalam masa sebulan.

1.0 LATAR BELAKANG



1.1 Selain daripada Sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, sejarah Melayu baru belum sempat merasai nikmat kebangitan tamadunnya yang panjang semenjak mencapai kemerdekaan. Gagasan penjajahan yang memaksa bangsa itu menerima hakikat kompromi sosio-ekonomi-politik, kini mulai merasakan kesan hubungan yang akan menjadi corak kestabilan Malaysia.



1.2 Pribumi berkeyakinan “kompromi paksaan” itu tidak wajar meleburkan hak dan identiti bangsa teras sebagai pra-syarat muafakat bangsa Malaysia baru. Corak perubahan kuasa pribumi akibat persaingan sengit politik yang mengatasi semangat permusyawarahan, merungkai kekuatan teras bangsa ini sehingga bakal menjadi serpihan-serpihan pribumi yang lemah dan hilang kuasa tawar menawar.



1.3 Fenomena penjajahan bentuk baru datang pula menyergah dengan memaksakan liberalisasi dan globalisasi disaat belum pun sempat bangsa pribumi ini memperkukuhkan sendi-sendi Agama, ekonomi, budaya, nilai dan jatidirinya. Kewujudan talibarut penjajah baru di kalangan pribumi sendirilah yang mempengaruhi pemikiran generasi baru Melayu kearah pemikiran global dan universal sehingga hilang “rasa bangsa” dan “rasa agama” serta beradat budaya sendiri. Kaum-kaum pendatang kemudiannya, yang memiliki akar-umbi kuat dari tamadun negara asalnya, dalam kebebesan dan kepelbagaian Malaysia, terus rakus mempastikan penaklukan ekonomi dan seterusnya mencabar kuasa politik prinbumi yang menjadi satu-satunya tunggak kestabilan Negara.



1.4 Tidak banyak Negara didunia yang memiliki komposisi kaum yang unik seperti Malaysia dapat kekal lama mengharungi konflik dan percaturan hubungan kaum majoriti terhadap minoriti. Hanya dengan pemahaman dan penerimaan terhadap sejarah perjuangan bangsa, tolenransi dan muafakat kaum pribumi serta penghormatan perjanjian social oleh kaum-kaum lainnya barulah usaha membangunkan bangsa Malaysia mengikut acuan yang tersendiri akan berjaya.



1.5 Diatas kesedaran inilah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 12hb September, 2008, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertekad untuk menyedarkan kealpaan bangsa terhadap hak dan tanggungjawab mereka dari kemunduran yang berselimutkan kemajuan. PERKASA bertanggungjawab bagi melindungi hak-hak ini untuk diwariskan kepada generasi pribumi khususnya dan Malaysia umumnya supaya hidup aman dan kekal sepanjang zaman. Hak-hak bangsa pribumi yang dilindungi perlembagaan hanyalah dapat kekal selama “angka” kerusi TERAS politik pribumi dapat terus bertahan dalam jumlah yang mencukupi dan tidak berpecahbelah.



2.0 TUJUAN PENUBUHAN PERKARA (FASAL 4)



2.1 Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan

2.2 Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2.3 Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu

2.4 Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu

2.5 Memperkasakan kaum Pribumi

2.6 Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia
2.7 Mempertahankan kedaulatan Negara



AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA



Presiden Dato’ Ibrahim Ali

Timbalan Presiden Dato’ Fuad Hassan

Naib Presiden Datuk Ruhainie Ahmad

Naib Presiden Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim

Naib Presiden Dato’ Mokhtar Samad

Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali

Pen. Setiausaha Agung

Bendahari Datuk Abd. Rahman A. Bakar

Ketua Penerangan Datuk Ruhainie Ahmad



Ahli Jawatankuasa Salahuddin Hisahm

Mohd. Rozal Abd. Rahman

Mohd. Radzi Mustafa

Hjh Foziah Dato Nawawi

Raizul Azmi Zulkeply

Yusof Merah

Ahmad Jaddawi Ghazali

Selamat Saimon
Daud Ibrahim

Raizul Azni Zolkepli

Wan Ahmad Talib

Kpt. Don Abdullah

Hanisha Izaireen

Zanuddin Salleh

Jismi Azahari Johari

SUMPAH MELAYU


KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.




KAMI, umat Melayu Islam bersumpah setia untuk:






  • Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu,





  • mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu





  • Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu dan






  • Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera